Sunday, July 3, 2011

Ke Mana Arah Tujuan Kita ?

Sewaktu di sekolah cikgu selalu menanyakan anak murid apakah tujuan mereka belajar dan pelbagai jawapan yang dilontarkan oleh anak murid. Ada yang menjawab mereka perlu belajar supaya mereka boleh menyambung pelajaran dan mendapat kerja yang bagus.

Sekarang cuba kita tanyakan pada diri kita adalah kita tahu apakah tujuan kita hidup di atas muka bumi Allah ini ? pernahkan kita terfikir bahawa semua ini hanyalah pinjaman dariNya dan bila-bila masa sahaja Dia boleh mengambil balik apa yang dipinjamkanNya. Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk hidup dan beribadah kepadaNya dan kita seharusnya menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya.

Kita diciptakan oleh Allah, kita disuruh beribadat kepadaNya dan kepadaNya kita akan kembali. Begitulah perjalanan hidup seorang hamba yang mendambakan dirinya kepada pencintaNya.€€Firman Allah S.A.W dalam surah Al-Zariyat (27:56) yang berbunyi : ‘’Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu’’.

Sedarkan kita bahawa kita ini makhluk yang mulia. Ketutunan manusia berasal dari Nabi Adam A.S dan Hawa. Ketika Nabi Adam diciptakan Allah menyuruh semua makhluk termasuk malaikat sujud akan tetapi hanya satu makhluk Allah yang tidak sujud iaitu Iblis laknatullah.

Tujuan kita hidup bukan semata-mata makan, minum, bekerja dan sebagainya tetapi kita ada tujuan yang paling penting iaitu menghambakan diri kepada Allah. Dengan segala nikmat yang percuma diberikan kepada kita tidak timbul sebarang masalah untuk menjadi hamba yang soleh dan solehah. Tapi manusia kini seakan-akan tidak mensyukuri nikmat yang Allah hadiahkan kepada kita.

Ingatlah wahai teman-temanku sekelian , jadilah HAMBA YANG BERSYUKUR …..

Thursday, June 9, 2011

UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN IKUT YAHUDI DAN NASRANI ?


عن اَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رسولُ اللهِ صلّى اللهِ عليهِ وسلّم لتَتَّبِعُنَ سَنَنَ الَّذِيْنَ مِن قَبْلِكُم شِبْرًا بِشِبْرٍ وذِراعا بذِراعٍ حتّى لَوْ دَخَلُوْا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُم , قُلنَا : يَا رَسُولَ اللهِ آليَهُودُ والنَّصَارَى قال فَمَنْ ؟
(رواه مسلم)


Bermaksud: Dari Abu Sa’id Al-Khudri R.A berkata: bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: “ Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “ Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan ?”. Nasi S.A.W menjawab, “ siapa lagi kalau bukan mereka “.


Hadis nabi di atas menceritakan kepada kita semua bahawa pada akhir zaman manusia terutamanya umat Islam akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani. Dan kalau ditinjau suasana hari ini, apa yang dikatakan oleh Rasulullah telah nampak kebenarannya.

Di mana-mana saja tempat telah diterapkan budaya Yahudi dan Nasrani sama ada secara halus atau terang-terangan tetapi apa yang pelik masih ramai khususnya umat Islam tidak menyedari akan hal ini.

Saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai Yahudi dan kisah ini saya dapat dari seorang hamba Allah yang pernah menjejakkan kaki ke Israel ( Bumi Palestin). Siapa yang minum susu tepung ataupun serbuk ? Terlalu banyak dijual di pasaran dan anda telah pun lihatnya dan pernah meminumnya tetapi jikalau anda pergi ke Israel anda tidak akan jumpa minuman serbuk kerana mereka ( yahudi ) hanya minum susu segar supaya anak-anak mereka dapat khasiat yang bagus dan ini menyebabkan anak-anak mereka bijak.

Budaya dari barat telah lama menular ke dalam jiwa kita. Pelbagai pengaruh telah masuk ke dalam pemikiran kita. Anak muda pada masa kini pula berbangga apabila mengamalkan budaya barat tidak dari segi aspek apa pun seperti pakaian dan hiburan. Di Malaysia yang sangat kita cintai banyak sangat hiburan yang melalaikan dan boleh membawa pengaruh yang negatif. Yang saya maksudkan ini hiburan yang melampau. Terdapat pelbagai rancangan realiti tv dan konsert diadakan kononnya memenuhi masa lapang para remaja walhal pada masa yang sama merosakkan remaja itu sendiri.

Yahudi dan Nasrani nama yang tidak asing lagi dalam Islam sebagai musuh ketat agama Islam. Di akhir zaman ini, ramai umat islam telah terpedaya dan terperangkap dengan helah Yahudi dan Nasrani serta menjadi tali barut mereka. Mereka hanya bertepuk tangan melihat umat Islam bertelagah semasa sendiri dan yang menjadi mangsa adalah umat Islam juga.

Wahai umat Islam… sedarilah akan betapa pentingnya hadis Nabi ini mengenai umat Islam dan Nabi S.A.W telah berpesan kepada umatnya agar berjaga-jaga dan hati-hati. Nabi S.A.W sangat risaukan umatnya sehinggakan ketika hendak wafat pun Nabi masih menyebut “ ummati..ummati..ummati “.

Ya Allah, selamatkan kami dari mereka ( Yahudi & Nasrani). amin

Wednesday, May 18, 2011

HARGAILAH ISTERI ...

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi Kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Tuesday, May 10, 2011

KITA INGAT ,,,,,

Umumnya kita akan ingat :

10% - daripada apa yang kita BACA

20% - daripada apa yang kita DENGAR

35% - daripada apa yang kita LIHAT

50% - daripada apa yang kita LIHAT & DENGAR

70% - daripada apa yang kita BINCANG

80% - daripada apa yang kita ALAMI

95% - daripada apa yang kita AJAR ORANG

**Kesimpulan yang kita dapat, semakin banyak kita menggunakan deria dalam mengulangkaji dan belajar semakin mudah kita ingat. Makin banyak berdiskusi dan membimbing orang lain, lagi bertambah kekal ingatan kita.

Monday, April 18, 2011

INSAFi DiRi …

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu…

TERIMALAH TAUBATKU YA ALLAH…

Thursday, February 10, 2011

Malas … katakan tak nak …

MALAS ... siapa yang x kenal malas ???

Hari ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu ilmu dengan sahabat2 .Malas satu sifat yang tidak asing lagi atau dalam bahasa inggeris dipanggil familiar dengan diri kita termasuklah saya dan sahabat2 sekelian. Kalau diimbas balik, sifat malas ini adalah salah satu sifat yang sudah ’melekat’ pada diri kita sejak kecik lagi malah bukan kita sahaja yang mengalaminya bahkan semua manusia mengalami benda yang sama.

Saya pernah membaca satu buku iaitu Hadis untuk Membina Modal Insan tapi saya terlupa karangan siapa. Saya rasa ramai yang pernah dengar hadith ini dan kita akan sering jumpanya dalam mathurat.

Dari Anas bin Malik daripada Rasulullah S.A.W dalam doanya :

اللهم أني أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك من العجز والكسل وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال .

Maksudnya: Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dari keluh kesah dan kesedihan, dan berlindung dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dari pengecut dan bakhil, dan aku berlindung dari bebanan hutang dan penindasan orang.

Hadith di atas ini menunjukkan kepada kita semua bahawa Rasulullah menyuruh kita menjauhi sifat malas ini. Sifat ini tergolong dlm sifat yg buruk .. syaitan dah berjanji depan Allah yng syaitan akan merosakkan anak adam seluruhnya. Malas ini pun adalah salah satu agenda syaitan.

Kalau sahabat2 semua perasan, bila saat kita nak buat baik je .perasaan malas ini datang tiba2 je tanpa diundang tapi kalau kita nk buat perkara yang menghala kepada keburukan semua malas tu hilang .

Pesanan buat semua agar kita berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan penangan sifat malas ni. Cuba kita sibukkan diri kita dengan perbuatan yang berfaedah dan bermaafat. InsyaAllah Allah akan tolong kita kalau kita berusaha. Bak kata pepatah ”hendak seribu daya , tak nak seribu dalil’’. (*_*)

Tuesday, February 8, 2011

…Bila Dugaan dtg melanda…..


Kenapa AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12