Sunday, July 3, 2011

Ke Mana Arah Tujuan Kita ?

Sewaktu di sekolah cikgu selalu menanyakan anak murid apakah tujuan mereka belajar dan pelbagai jawapan yang dilontarkan oleh anak murid. Ada yang menjawab mereka perlu belajar supaya mereka boleh menyambung pelajaran dan mendapat kerja yang bagus.

Sekarang cuba kita tanyakan pada diri kita adalah kita tahu apakah tujuan kita hidup di atas muka bumi Allah ini ? pernahkan kita terfikir bahawa semua ini hanyalah pinjaman dariNya dan bila-bila masa sahaja Dia boleh mengambil balik apa yang dipinjamkanNya. Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk hidup dan beribadah kepadaNya dan kita seharusnya menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya.

Kita diciptakan oleh Allah, kita disuruh beribadat kepadaNya dan kepadaNya kita akan kembali. Begitulah perjalanan hidup seorang hamba yang mendambakan dirinya kepada pencintaNya.€€Firman Allah S.A.W dalam surah Al-Zariyat (27:56) yang berbunyi : ‘’Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu’’.

Sedarkan kita bahawa kita ini makhluk yang mulia. Ketutunan manusia berasal dari Nabi Adam A.S dan Hawa. Ketika Nabi Adam diciptakan Allah menyuruh semua makhluk termasuk malaikat sujud akan tetapi hanya satu makhluk Allah yang tidak sujud iaitu Iblis laknatullah.

Tujuan kita hidup bukan semata-mata makan, minum, bekerja dan sebagainya tetapi kita ada tujuan yang paling penting iaitu menghambakan diri kepada Allah. Dengan segala nikmat yang percuma diberikan kepada kita tidak timbul sebarang masalah untuk menjadi hamba yang soleh dan solehah. Tapi manusia kini seakan-akan tidak mensyukuri nikmat yang Allah hadiahkan kepada kita.

Ingatlah wahai teman-temanku sekelian , jadilah HAMBA YANG BERSYUKUR …..

No comments: