Thursday, June 9, 2011

UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN IKUT YAHUDI DAN NASRANI ?


عن اَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رسولُ اللهِ صلّى اللهِ عليهِ وسلّم لتَتَّبِعُنَ سَنَنَ الَّذِيْنَ مِن قَبْلِكُم شِبْرًا بِشِبْرٍ وذِراعا بذِراعٍ حتّى لَوْ دَخَلُوْا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُم , قُلنَا : يَا رَسُولَ اللهِ آليَهُودُ والنَّصَارَى قال فَمَنْ ؟
(رواه مسلم)


Bermaksud: Dari Abu Sa’id Al-Khudri R.A berkata: bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: “ Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “ Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan ?”. Nasi S.A.W menjawab, “ siapa lagi kalau bukan mereka “.


Hadis nabi di atas menceritakan kepada kita semua bahawa pada akhir zaman manusia terutamanya umat Islam akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani. Dan kalau ditinjau suasana hari ini, apa yang dikatakan oleh Rasulullah telah nampak kebenarannya.

Di mana-mana saja tempat telah diterapkan budaya Yahudi dan Nasrani sama ada secara halus atau terang-terangan tetapi apa yang pelik masih ramai khususnya umat Islam tidak menyedari akan hal ini.

Saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai Yahudi dan kisah ini saya dapat dari seorang hamba Allah yang pernah menjejakkan kaki ke Israel ( Bumi Palestin). Siapa yang minum susu tepung ataupun serbuk ? Terlalu banyak dijual di pasaran dan anda telah pun lihatnya dan pernah meminumnya tetapi jikalau anda pergi ke Israel anda tidak akan jumpa minuman serbuk kerana mereka ( yahudi ) hanya minum susu segar supaya anak-anak mereka dapat khasiat yang bagus dan ini menyebabkan anak-anak mereka bijak.

Budaya dari barat telah lama menular ke dalam jiwa kita. Pelbagai pengaruh telah masuk ke dalam pemikiran kita. Anak muda pada masa kini pula berbangga apabila mengamalkan budaya barat tidak dari segi aspek apa pun seperti pakaian dan hiburan. Di Malaysia yang sangat kita cintai banyak sangat hiburan yang melalaikan dan boleh membawa pengaruh yang negatif. Yang saya maksudkan ini hiburan yang melampau. Terdapat pelbagai rancangan realiti tv dan konsert diadakan kononnya memenuhi masa lapang para remaja walhal pada masa yang sama merosakkan remaja itu sendiri.

Yahudi dan Nasrani nama yang tidak asing lagi dalam Islam sebagai musuh ketat agama Islam. Di akhir zaman ini, ramai umat islam telah terpedaya dan terperangkap dengan helah Yahudi dan Nasrani serta menjadi tali barut mereka. Mereka hanya bertepuk tangan melihat umat Islam bertelagah semasa sendiri dan yang menjadi mangsa adalah umat Islam juga.

Wahai umat Islam… sedarilah akan betapa pentingnya hadis Nabi ini mengenai umat Islam dan Nabi S.A.W telah berpesan kepada umatnya agar berjaga-jaga dan hati-hati. Nabi S.A.W sangat risaukan umatnya sehinggakan ketika hendak wafat pun Nabi masih menyebut “ ummati..ummati..ummati “.

Ya Allah, selamatkan kami dari mereka ( Yahudi & Nasrani). amin