Wednesday, November 25, 2009

Konsep Komersial Islam Dalam Ekonomi


Istilah

Penerangan

Bai’ Bithamal Ajil (BBA)

(deferred payment sale)

Kontrak yang merujuk kepada transaksi pembelian dan penjualan asset melalui pembiayaan keatas aset yang terlibat.Pembiayaan ini bercirikan bayaran tertangguh atau ansuran dengan tempoh pembayaran yang telah dipersetujui. Harga jualan termasuklah margin keuntungan.

Bai’ al-‘Inah

(immediate cash)

Kontrak yang menggunakan konsep dimana penjual akan menjual sesuatu aset secara tunai dan kemudian membeli semula aset tersebut secara bayaran tertangguh dimana harga beli aset tersebut lebih tinggi daripada harga jual. Konsep ini juga boleh berlaku sebaliknya dimana penjual akan menjual asset secara bayaran tertangguh dan membeli semula secara tunai.

Ijarah Thumma Bai’

(hire and purchase)

Kontrak ini sama seperti konsep ijarah, akan tetapi di akhir tempoh kontrak, hakmilik barang akan bertukar kepada penyewa. Penyewa akan membeli barang tersebut daripada pemberi sewa mela




lui kontrak pembelian.

Mudharabah

( profit sharing)

Kontrak yang merujuk kepada penglibatan 2 pihak dalam mewujudkan sesuatu perniagaan. Pihak pertama yang juga dipanggil rabb al-mal atau pelabur akan menyediakan sejumlah modal sementara pihak yang satu lagi yang dipanggil mudarib atau usahawan akan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan perniagaan. Keuntungan akan diberikan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui dan sekiranya berlaku kerugian, maka pihak rabb mal akan menanggung kesemua kerugian melainkan kerugian itu disebabkan oleh kecuaian dan kesilapan pihak mudharib

Murabahah

Kontrak yang merujuk kapada transaksi pembelian dan penjualan dimana kos asal serta kadar keuntungan telah ditetapkan serta diketahui dan dipersetujui oleh pihak yang terlibat. Pembayaran boleh dilakukan sama ada menggunakan kaedah sekali gus atau ansuran berdasarkan persetujuan.

Musyarakah

(joint venture)

Merupakan kontrak perkongsian yang melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih yang bertujuan untuk membiaya perniagaan. Semua ahli akan menyumbang sama ada dari segi wang tunai atau tenaga. Keuntungan akan dibahagikan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian akan dibahagikan berdasarkan jumlah modal yang disumbangkan.

Musyarakah Mutanaqisah

Merupakan kontrak dimana 2 pihak akan membeli sesebuah aset atau barang secara bersama,tetapi pemilikan aset tersebut berdasarkan jumlah modal yang dikeluarkan. Kemudian, pemilikan akan beransur-ansur bertukar sehingga pihak lagi satu memiliki sepenuhnya aset tersebut. Konsep ini merupakan kacukan antara konsep perkongsian, sewa dan jual.

Musawamah

Prinsip ini melibatkan urusan jual beli barangan dan menyamai prinsip murabahah, kecuali dalam prinsip ini pembeli tidak diberitahu harga komoditi dan penjual sememangnya tidak berniat untuk memberitahu kepada pembeli kos yang dikeluarkan untuk mendapatkan barangan tersebut.

Takaful

Satu bentuk Insuran Islam yang berdasarkan prinsip ta’awun atau kesejahteraan bersama. Takaful menyediakan perlindungan ke atas asset atau barangan dimana risiko adalah ditanggung bersama.

Tawarruq

Prinsip ini melibatkan dua peringkat urusniaga iaitu melibatkan belian secara kredit antara pembeli dengan penjual asal barangan tersebut dan kemudiannya pembeli akan menjual semula barangan tersebut secara tunai kepada pihak ketiga.

Zakat

Cukai yang ditetapkan oleh Islam kepada mereka yang mempunyai harta lebih dari kadar yang ditetapkan oleh Shariah. Menurut Islam, zakat menyucikan harta dan jiwa. Tujuan kutipan zakat adalah untuk diberikan kepada lapan kategori orang yang memerlukan seperti yang tertulis di dalam al Quran.

 

Istilah

Penerangan

Bai’ as-Salam

Kontrak ini berlangsung dimana pembayaran sesuatu pembelian akan dilakukan secara tunai tetapi barang atau aset akan diterima pada satu tarikh atau tempoh hadapan yang telah dipersetujui oleh pihak yang berkenaan.

Dhaman

Kontrak berbentuk jaminan dimana penjamin akan menyatakan sebarang gantirugi  atau kewajipan yang harus dipenuhi oleh pemilik asset tersebut. Konsep ini sesuai dalam situasi dimana jaminan disediakan dalam transaksi yang melibatkan  hutang sekiranya penghutang gagal untuk menyelesaikan hutang tersebut

Gharar

Gharar merupakan sesuatu elemen yang tidak pasti sama ada yang terdapat pada barang, harga atau hal lain yang terlibat dalam transaksi, dan ketidak mampuan menghantar barang tersebut.

Gharar dapat dibahagikan kepada 3, iaitu Gharar Fahish (lebihan) yang boleh merosakkan transaksi, Gharar Yasir (kecil) yang boleh diterima dan Gharar Mutawassit (pertengahan) yang terletak diantara 2 gharar tadi.

Hibah

Pemberian atau hadiah

Ibra’

Rebat. Prinsip syariah dimana sejumlah kecil nilai akan ditolak dari jumlah pembiayaan sekiranya pembiayaan itu diselesaikan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.

Ijarah

Konsep ini berlaku dimana pemilik barang akan menyewakan barang kepada penyewa dengan kadar bayaran sewa dan tempoh masa tertentu seperti yang telah dipersetujui semasa  ‘aqd. Hakmilik barang tidak berubah.

Istisna’

Kontrak pesanan pembelian sesuatu aset dimana pembeli akan menyatakan butiran pesanan pembelian yang akan diterima pada masa hadapan.Kebiasaanya, kontrak ini melibatkan pembelian barang mentah atau barang pembinaan dimana barang yang diterima pada masa depan adalah berdasarkan pesanan yang telah dibuat pada masa sekarang.Kedua-dua pihak akan membuat persetujuan mengenai harga dan pembayaran boleh dibuat berdasarkan jadual kerja.

Ji’alah

Kontrak Ganjaran – kontrak daripada sebelah pihak (unilateral) yang menjanjikan ganjaran kepada pihak yang lain di atas sesuatu perbuatan dan pencapaian

Kafalah

Sama maksud dengan Dhaman

Mal

Sesuatu yang mempunyai nilai dan manfaatnya boleh digunakan. Barang atau aset mestilah dibenarkan oleh Shariah

Maisir

Sebarang aktiviti yang melibatkan judi atau unsur yang setara dengannya. Syariah dengan jelas mengharamkan judi

Qard Hasan

(benevolent loan)

Kontrak pinjaman melibatkan 2 pihak yang bertujuan untuk kebajikan sosial selain memenuhi keperluan kewangan jangka pendek peminjam. Amaun bayaraan balik adalah sama dengan amaun yang dipinjam, walaubagaimanapun peminjam digalakkan untuk membayar lebih daripada amaun yang dipinjam selagi mana ianya tidak dinyatakan dan dipersetujui dalam kontrak.

Rahn             

Pajak. Aset bernilai yang akan digunakan sebagai cagaran sekiranya pihak peminjam gagal untuk menyelesaikan hutangnya.

Riba

Satu bentuk tambahan samaada dalam transaksi pinjaman atau perniagaan tanpa memberi pulangan yang berpatutan kepada pihak yang menerima. Riba diharamkan oleh Shariah kerana membebankan sesetengah pihak.

Sarf

Pembelian dan penjualan mata wang

Sukuk

Dokumen atau sijil, yang mengandungi pernyataan tentang pemilikan sesuatu aset yang digariskan. Sukuk boleh diniagakan dengan nilai par, premium atau diskaun.

Shariah

Undang-undang Islam, yang bersumberkan Al-Quran, As-sunnah dan Ijtihad para ulama yang menjadi garis panduan kepada umat islam dalam menetapkan sesuatu hukum.

Tadlis al-‘aib

Merujuk kepada aktiviti penjual yang menyembunyikan kekurangan atau kecatatan barang yang dijual. Amat bertentangan dengan hukum Syariah

Tanajush

Merujuk kepada konspirasi diantara penjual dan pembeli dimana pembeli bersetuju membeli barang dengan harga yang tinggi. Oleh itu, pihak lain akan terdesak untuk membeli barang juga dengan harga yang tinggi dan akhirnya penjual mendapat keuntungan yang lebih. Amat dilarang oleh Shariah

Ta’widh

Penalti yang telah dipersetujui oleh pihak yang berkontrak sebagai gantirugi sekiranya pihak penghutang gagal untuk menyelesaikan pembayaran berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan.

Tawarruq

Prinsip ini melibatkan dua peringkat urusniaga iaitu melibatkan belian secara kredit antara pembeli dengan penjual asal barangan tersebut dan kemudiannya pembeli akan menjual semula barangan tersebut secara tunai kepada pihak ketiga.

Ujrah

Pembayaran yang dibuat atas servis atau manfaat yang diberikan. Dalam konteks hari ini, contohnya ialah gaji, upah, elaun dan lain-lain.

Urbun

Deposit pembayaran pendahuluan, tetapi tidak dikembalikan sekiranya transaksi dibatalkan. Deposit ini dianggap sebagai hibah.

'Uqud al-Mu'awadat

Kontrak pertukaran

'Uqud al-Tabarruat

Kontrak kebajikan

'Uqud al-Ishtirak

Kontrak perkongsian

Wakalah

Kontrak dengan memberi kuasa kepada seseorang yang dipilih untuk bertindak mewakili orang yang melantik, selagi mana dia hidup, berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui.

Wadiah

(saving with trust)

Barang atau deposit yang disimpan oleh pihak lain yang bukan pemilik.  Wadiah ialah kepercayaan yang mana pihak yang menyimpan menjadi penjamin dan menjamin jumlah asal yang disimpan kepada pendeposit apabila pendeposit berkehendakkannya.

Friday, November 20, 2009

NaSiHaT YanG BerGuNa


Nasihat SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI supaya sentiasa bersangka baik sesama insan. 

Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : 
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu ANAK KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : 
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu ORANG TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu): 
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan SEORANG YANG BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu): 
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan SEORANG YANG BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) : 
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan ORANG KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) : 

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.



sumber : sahabat